Pelajari Keselamatan Air bersama LilFins dalam Kem Renang Cuti Sekolah

Cuti sekolah semakin dekat dan semua ibu bapa seluruh Malaysia semestinya sibuk mencari aktiviti yang menarik untuk anak mereka sepanjang cuti tersebut. Ha, sekiranya anda akan berada di Kelantan sepanjang cuti, anda bertuah kerana LilFins Swimming Academy akan menganjurkan School Holiday Swimming Camp (Kem Renang Cuti Sekolah)!

Apa tujuan School Holiday Swimming Camp?

Keselamatan Air: Tujuan Kem Renang Cuti Sekolah ini adalah untuk mengajar kanak-kanak tentang keselamatan dalam air. Kita perlu sedar yang tak ramai antara kita mempunyai kemahiran asas yang mungkin boleh menyelamatkan nyawa dalam situasi kecemasan. Kem ini akan mengajar mereka cara-cara untuk menyelamatkan diri sendiri sekiranya terjatuh ke dalam air atau pun tiba-tiba terasa penat semasa berenang.

Belajar sambil bermain: Setiap sesi akan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dengan mempergunakan peralatan dan mainan dalam air seperti kickboard, hula hoop, barbell, bola dan diving rings. Setiap peralatan berfungsi untuk melatih anak-anak berenang secara selamat dan seronok.

Bila keyakinan diri: Mempelajari sesuatu yang baru tentunya dapat membina keyakinan diri kanak-kanak kerana mereka berjaya mencabar diri sendiri untuk mencuba sesuatu yang luar dari kebiasasaan mereka. Tambahan pula, mereka dapat berkenalan dengan rakan-rakan baharu yang turun serta dalam kem ini.

Jangan tunggu-tunggu lagi untuk mendaftar

LilFins Swimming Academy hanya membuka 5 sesi untuk Kem Renang Cuti Sekolah ini, dan kami hanya menerima 10 orang bagi setiap sesi. Jadi slot adalah terhad!

Butiran:

  • Tarikh: 17, 18, atau 19 September 2024 (Pilih satu tarikh)
  • Lokasi: LilFins Swimming Academy, Kota Bharu, Kelantan
  • Masa: 4 jam setiap sesi
  • Umur: 4-12 tahun
  • Harga: RM100 per sesi

Promosi untuk lebih daripada satu sesi:

Takut anak-anak tak puas mandi kolam lepas 4 jam? Nak main lagi esok hari? Boleh!

  • 1 Sesi: RM100
  • 2 Sesi: RM200
  • 3 Sesi: RM250

Ambil peluang keemasan ini dan daftarkan anak-anak anda untuk Kem Renang Cuti Sekolah bersama LilFins Swimming Academy!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *